Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: YANG MUDA DIKASIHI, YANG TUA DIHORMATI

Diterbitkan: 12 Jul 2025 1.59 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati. Ungkapan yang terbaik menjadi contoh keperibadian wira Sang Saka Biru dalam menyantuni masyarakat. Syabas kepada Koperal Muhammad Zulfikri Sapiee dan Lans Koperal Mohd Apandi Omar dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara yang dalam penugasan rondaan di kawasan Zon Kempas telah menemui seorang lelaki warga emas berumur lebih kurang 70 tahun sedang berjalan seorang diri dari arah Dataran Utama menuju ke Jalan Permatang, Kempas, Johor Bahru.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/biarjasajadikenangan-video-pilihan-yang-muda-dikasihi-yang-tua-dihormati-20250712
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 10:16 MYT
Yang muda dikasihi, yang tua dihormati. Ungkapan yang terbaik menjadi contoh keperibadian wira Sang Saka Biru dalam menyantuni masyarakat. Syabas kepada Koperal Muhammad Zulfikri Sapiee dan Lans Koperal Mohd Apandi Omar dari Cawangan Kereta Peronda (MPV), Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara yang dalam penugasan rondaan di kawasan Zon Kempas telah menemui seorang lelaki warga emas berumur lebih kurang 70 tahun sedang berjalan seorang diri dari arah Dataran Utama menuju ke Jalan Permatang, Kempas, Johor Bahru.

Prihatin dengan keselamatan warga emas tersebut, anggota berkenaan telah menghampiri dan bertanya arah tuju beliau dan bertindak menghantar pulang ke rumahnya di Jalan Permatang 3, Kempas, Johor Bahru. Warga emas tersebut yang dipercayai berada dalam keadaan separa nyanyuk telah dibantu oleh anggota MPV dan dihantar pulang ke rumahnya dengan selamat.

Sumber: Polis Daerah Johor Bahru Utara

#BiarJasaJadiKenangan VIDEO PILIHAN: YANG MUDA DIKASIHI, YANG TUA DIHORMATI
Pautan video:
https://www.facebook.com/watch/?v=969725061851406
ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2025 1.59 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM