Artikel
Video Pilihan Timbalan Kpn Uji Nilai Senjata Api Fn Herstal Di Ulu Kinta
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri sesi uji nilai pelbagai model senjata...
Ikuti sedutan rakaman Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini menghadiri sesi uji nilai pelbagai model senjata api keluaran syarikat FN Herstal yang diadakan di Lapang Sasar Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta.
Antara senjata api yang diuji nilai termasuklah Designated Marksman Rifle (DMR) 7.62mm, FN Minimi 7.62 MK3 Tactical Machine Gun, Ultralight Machine Gun FN Evolys 7.62, serta beberapa pistol taktikal seperti FN Hiper MRD, CZ P10C, CZ P10F, CZ P10M Micro dan CZ Shadow 2 Compact.
Sesi uji nilai ini bertujuan untuk menilai aspek kecekapan, ergonomik dan kesesuaian senjata bagi keperluan operasi pasukan di lapangan bagi memperkasakan aset serta peralatan persenjataan Polis Diraja Malaysia.
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: PDRM RMP TV

Pautan Video:
https://www.facebook.com/watch/?v=717782557660110