Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Forum Perdana Ehwal Islam Anjuran Mkn Perak

Diterbitkan: 12 Jul 2025 2.09 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diundang sebagai panel jemputan dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak yang berlangsung di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-forum-perdana-ehwal-islam-anjuran-mkn-perak
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:34 MYT
Batu Gajah, 12 Julai 2025 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay telah diundang sebagai panel jemputan dalam Forum Perdana Ehwal Islam anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Perak yang berlangsung di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Batu Gajah malam tadi.

Forum yang bertajuk “Menelusuri Peristiwa Hijrah: Keselamatan Negara Tanggungjawab Bersama” turut menampilkan Pengerusi Pusat Pendidikan Al-Barokah, Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias sebagai panel dan dikendalikan oleh moderator terkenal, DA’I Ahmed Ibrahim.

Pengisian forum tadi menyentuh konteks keselamatan negara yang berdepan dengan pelbagai cabaran bersifat kompleks dan merentas sempadan. Turut dibincangkan peranan masyarakat dalam menjaga keselamatan dan keharmonian negara.

Turut hadir memeriahkan forum perdana yang diadakan ialah Orang Besar Jajahan Kinta, Orang Kaya Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa DiRaja, Dato' Ab Wahab Dato' Seri Azizul Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Keselamatan Strategik), MKN, CP Dato' Hj. Baharuddin Hj. Ahmad, Timbalan Ketua Polis Perak, DCP Mohammad Azlin Hj. Sadari dan barisan wakil jabatan serta agensi kerajaan.

Jurugambar: PDRM RMP TV

https://www.facebook.com/photo/?

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person and text that says 'anell Sel Ayob Khan Tydin Pitchay Ketua Polis KetuaPolisNegara Negara 11 JULAI 2025 BИAAAT 15 MyHA 7H|7.30

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 4 people, dais and text

May be an image of 7 people, dais and text



ArtikelDiterbitkan 12 Jul 2025 2.09 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM