Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Sebagai Panel Bicara Alumni Ftsm Tersohor

Published: 30 Sep 2024 9.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Bangi, 30 September 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai salah seorang ahli panel dalam Bicara Alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Tersohor bersempena Sambutan 30 Tahun (FTSM) di Dewan Anjung Digital Smart Selangor, FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-sebagai-panel-bicara-alumni-ftsm-tersohor
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:42 MYT
Bangi, 30 September 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hadir sebagai salah seorang ahli panel dalam Bicara Alumni Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) Tersohor bersempena Sambutan 30 Tahun (FTSM) di Dewan Anjung Digital Smart Selangor, FTSM, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini.

Beliau yang merupakan Alumni bagi tahun 2001, bersama Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dato’ Ts. Dr. Hj. Amirudin Abdul Wahab (Alumni 1999) dan Profesor Pusat Kajian Keselamatan Siber FTSM UKM, Profesor Dr. Zarina Shukur (Alumni 1995) mengupas tajuk "Peranan Universiti Bagi Membantu Kerajaan Dalam Mendidik Rakyat Kalis Serangan Siber".

Forum yang dikendalikan oleh moderator, Encik Mohd Nizam Hashim dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM itu sebagai memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya serangan siber serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berhadapan situasi berkenaan.
Setiap ahli panel turut berkongsi pandangan dan langkah-langkah penyelesaian strategik dalam menangani isu tersebut berdasarkan bidang tugas dan kepakaran masing-masing.

Hadir sama Naib Canselor UKM, Profesor Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dan Dekan FTSM UKM, Profesor Madya Ts. Dr. Dr. Nurhizam Safie Mohd Satar.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 2 people, dais, newsroom and text

May be an image of 2 people, newsroom, dais and text

May be an image of 5 people, dais and text

May be an image of 1 person, dais and text

May be an image of 12 people and text


ArticlePublished 30 Sep 2024 9.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM