
Artikel
Keratan Akhbar Pilihan Akta Khusus Perlu Cegah Doktrin Taksub Melampau
Putrajaya, 1 Oktober 2024 - Wujud keperluan kepada negara ini untuk memiliki undang-undang keselamatan yang khusus bagi menangani dan mencegah pelampau keganas...
Putrajaya, 1 Oktober 2024 - Wujud keperluan kepada negara ini untuk memiliki undang-undang keselamatan yang khusus bagi menangani dan mencegah pelampau keganasan akibat pengaruh luar, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, penguatkuasaan undang-undang sedemikian bukan bertujuan menyekat hak dan kebebasan rakyat, sebaliknya penting untuk mencegah doktrin ketaksuban yang melampau.
“Saya serah kebijaksanaan polis dan tentera serta agensi penguatkuasaan lain, jika ada elemen yang perlu dimasukkan, belum cukup kuat dalam undang-undang negara,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Pelan Tindakan Malaysia Bagi Mencegah Dan Menangani Fahaman Pelampau Keganasan (MyPCVE) di sini, semalam.
Yang turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
MyPCVE adalah bagi memenuhi saranan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mencadangkan semua negara anggota mempunyai pelan tindakan sendiri bagi mencegah dan menangani fahaman pelampau keganasan.
la mengandungi empat teras menggunakan pendekatan bersepadu yang menggabungkan “soft approach” dan “hard approach” iaitu pencegahan, penguatkuasaan, pemulihan serta pengukuhan.
Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Berita Harian.