Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pdrm Anjur Bersama Perhimpunan Bulanan Kdn Bagi Bulan September

Diterbitkan: 30 Sep 2024 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 30 September 2024 – Polis Diraja Malaysia menjadi penganjur bersama Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan September yang berlangsung di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pdrm-anjur-bersama-perhimpunan-bulanan-kdn-bagi-bulan-september
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:45 MYT
Putrajaya, 30 September 2024 – Polis Diraja Malaysia menjadi penganjur bersama Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan September yang berlangsung di Dewan Gemilang, Kompleks Setia Perkasa, di sini.

Perhimpunan yang disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menegaskan berkenaan peranan semua jabatan dan agensi di bawah KDN dalam mendokong dan melaksanakan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar meningkatkan lagi sistem penyampaian perkhidmatan, integriti dan amalan terbaik pelaksanaan tadbir urus demi kemakmuran serta keamanan negara.

Turut berucap dalam majlis tadi ialah Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman yang juga menekankan kualiti penyampaian perkhidmatan terutamanya di bahagian kaunter dan juga tadbir urus yang cekap serta pantas dalam memberi persepsi positif kepada masyarakat.

Majlis diakhiri dengan tayangan montaj Program Asia International Security Summit & Expo (AISSE) dan Penyerahan Surat Lantikan Penganjuran Bersama AISSE kepada Syarikat Korporat Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd. oleh Dato' Sri Azmi kepada Pengerusi Syarikat Korporat Alpine Integrated Solution Sdn. Bhd., Tan Sri Dato' Seri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dengan disaksikan Datuk Seri Saifuddin Nasution.

Hadir sama, barisan Pengarah PDRM, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia - MCBA, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos, barisan Timbalan KSU KDN, ketua-ketua agensi dan jabatan di bawah KDN.

Jurugambar: Inspektor Afiq Nashriq Mohamed Yusof dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

May be an image of 3 people, dais and text that says 'RAHAN SURAT LANTIKAN PENGANJURAN BER PROGRAM 承巧ミ5 ASIA ASIA IONAL SEC SUM AEXPO KEPA @Hi E53 OR

May be an image of 2 people, dais and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 4 people, dais, newsroom and text




ArtikelDiterbitkan 30 Sep 2024 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM