Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Hadir Majlis Perasmian Kilang Peluru Ketech Asia

Published: 06 Feb 2025 2.32 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Lipis, 6 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Kilang Peluru Ketech Asia bertempat di Lot 5810, Telang di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-perasmian-kilang-peluru-ketech-asia
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:48 MYT
Lipis, 6 Februari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menghadiri Majlis Perasmian Kilang Peluru Ketech Asia bertempat di Lot 5810, Telang di sini, pagi tadi.

Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Yang turut hadir, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Hj. Zulkifli Hj. Yaacob dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad .

Terdahulu ketibaan Dato’ Sri Ayob Khan sekitar jam 10.30 pagi telah disambut oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Sri Yahaya Othman di perkarangan tapak majlis.

Beliau kemudiannya bersama tetamu kehormat lain telah diiring ke tempat perasmian, sebelum majlis dimulakan dengan ucapan aluan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kilang Ketech Asia, Encik Mohd Nahar Mohd Nasir disusuli ucapan daripada Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Negeri Pahang, Dato' Sri Ir. Hj. Mohd Soffi Tan Sri Abd. Razak.

Kilang Peluru Ketech Asia yang dibangunkan oleh Syarikat Ketech Asia Sdn. Bhd. merupakan sebuah kilang pembuatan peluru pertama di Malaysia yang telah siap dibina di kawasan seluas 40.5 hektar, terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar Kuala Lipis, Pahang.

Kilang tersebut juga berperanan mengeluarkan peluru bagi kegunaan pihak berkuasa tempatan selain dieksport ke negara berpotensi lain di peringkat antarabangsa.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 8 people and text

May be an image of 2 people and text

May be an image of 7 people, segway, golf buggy and text that says 'D 2 КЕТЕСН KET ЕСΗ ASA'

May be an image of 9 people and text

May be an image of 6 people
ArticlePublished 06 Feb 2025 2.32 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM