
Artikel
Kpn Hadir Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan Di Picc
Putrajaya, 6 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi ke Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini bagi menghadi...
Putrajaya, 6 Februari 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain petang tadi ke Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini bagi menghadiri Majlis Peluncuran Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan.
Majlis anjuran Jabatan Audit Negara (JAN) itu disempurnakan perasmiannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sambil diapit oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Dato’ Sri Azalina Othman Said serta Ketua Audit Negara, Dato’ Seri Wan Suraya Wan Mohd Radzi.
Selain Tan Sri Razarudin, yang turut diundang ke majlis tadi ialah barisan jemaah Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar.
Pelaksaan pengauditan terhadap hampir 2,000 syarikat kerajaan akan dibuat dengan lebih cekap dan sistematik tahun ini menggunakan sistem e-SelfAudit yang dibangunkan sendiri oleh JAN.
Lebih membanggakan lagi, proses pengauditan tersebut berteraskan sistem yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau AI merangkumi syarikat dan pelaburan berkaitan kerajaan serta syarikat berhad menurut jaminan.
JAN turut mengeluarkan empat garis panduan baharu iaitu Pengauditan Pengurusan Syarikat Kerajaan, Susulan Audit, ’Follow The Public Money Audit’ dan Sijil Ketua Audit Negara mengenai penyata kewangan sebagaimana perlu atau suai manfaat dalam menjalankan peruntukan Akta Audit 1997.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman dan para pegawai kanan tertinggi kementerian.
Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Konstabel Nur Sabrina Ghazali