Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Hadir Majlis Aspirasi Pegawai Pengawal Kdn

Diterbitkan: 07 Jan 2025 1.07 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Putrajaya, 7 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menghadiri Majlis Aspirasi Pegawai Pengawal Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tahun 2025.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-hadir-majlis-aspirasi-pegawai-pengawal-kdn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:47 MYT
Putrajaya, 7 Januari 2025 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay petang tadi menghadiri Majlis Aspirasi Pegawai Pengawal Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bersama Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tahun 2025.

Ketibaan beliau pada jam 2.15 petang di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, di sini tadi disambut oleh para pegawai KDN sebelum dibawa untuk mengiringi Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman menyempurnakan majlis berkenaan.

Turut hadir, barisan Timbalan KSU KDN dan Ketua-ketua Agensi di bawah KDN.
Seramai 343 Ketua dan wakil PTJ telah dihimpunkan dalam majlis aspirasi pada tahun ini dengan kehadiran hampir 1,000 orang.

Dalam majlis tadi turut menyaksikan PDRM diumumkan sebagai pemenang kategori Anugerah PTJ Terbaik Tahun 2024 disusuli Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Kemuncak majlis tadi menyaksikan Dato' Sri Ayob Khan yang mewakili PDRM telah menerima anugerah yang disampaikan oleh Datuk Awang Alik dengan disusuli penerimaan Arahan Pegawai Pengawal bagi tahun 2025.

Jurugambar: PDRM RMP TV

May be an image of 6 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 3 people and text

May be an image of text

May be an image of 8 people and text

ArtikelDiterbitkan 07 Jan 2025 1.07 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM