
Artikel
Kpn Terima Kunjungan Hormat Pengerusi Punb
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang juga bekas K...
Kuala Lumpur, 7 Januari 2024 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang juga bekas KPN, Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani dekat pejabatnya, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Kunjungan ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dengan Polis Diraja Malaysia serta membincangkan aktiviti penerbitan produksi perfileman yang melibatkan Pasukan.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Rusdi Mohd Isa, Setiausaha Polis Malaysia, SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah, Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa dan Pengarah filem, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang










