
Timbalan Kpn Hadir Ke Pembukaan Tahun Perundangan 2023
Putrajaya, 9 Januari 2023 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini berbesar hati menghadiri Pembukaan Tahun Perundangan 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini pagi tadi.
Majlis yang berlangsung seawal 8.00 pagi menyaksikan hampir 600 hakim, pegawai dan pengamal undang-undang berarak masuk ke dalam dewan PICC disusuli dengan ucapan oleh Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan Yang Dipertua Badan Peguam Negara (juga mewakili Pertubuhan Undang-Undang Sabah dan Persatuan Peguam Bela Sarawak), Karen Cheah Yee Lynn.
Majlis yang disambut setiap tahun sejak tahun 2010 adalah hasil cetusan idea daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Zaki Azmi diinspirasikan daripada United Kingdom bagi menghimpunkan para hakim, peguam negara dan Badan Peguam Malaysia.
Turut hadir, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato’ Azmi Abu Kassim dan Ketua Urus Setia KPN (Perundangan), SAC Abd Rahman Atan.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.