Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Pdrm Dan Ukm

Diterbitkan: 09 Jan 2023 12.45 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-pengerusikan-mesyuarat-ahli-jawatankuasa-pemandu-pelaksanaan-usahasama-pdrm-dan-ukm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:15 MYT
Kuala Lumpur, 9 Januari 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain hari ini mempengerusikan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan Usahasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertempat di Bilik Mesyuarat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan jalinan kerjasama dengan UKM dalam aktiviti pendidikan dan penyelidikan bidang sains forensik. Tan Sri Razarudin turut menyampaikan sijil pelantikan kepada semua jawatnkuasa yang terlibat dalam menjayakan program usahasama ini.

Hadir sama, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UKM, Profesor Dr. Mohammad Kassim, Pengarah JSJN, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Timbalan Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta/Perundangan/Tahanan) JSJN Bukit Aman, DCP Dato’ Abdul Aziz Abdul Majid, Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, DCP Dato’ Pahlawan Anuar Othman dan para pegawai kanan PDRM serta UKM.

Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

ArtikelDiterbitkan 09 Jan 2023 12.45 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM