Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama

Diterbitkan: 11 Jun 2014 7.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sempena Majlis Anugerah Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin, para hadirin telah dikejutkan dengan kehadiran salah seorang bekas anak watan SMK Mantin iaitu YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-gamit-nostalgia-di-sekolah-lama
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:19 MYT

Mantin, 10 November - Kehadiran YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sempena Majlis Anugerah Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin telah menyerikan perjalanan majlis pada hari ini.

Lebih menarik, beliau juga merupakan bekas penuntut sekolah tersebut dan telah diundang khas oleh Y.Bhg Puan Fadhilah binti Shahurain, Pengetua Kanan SMK Mantin bagi menyempurnakan perasmian majlis yang berlangsung di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin tersebut.

Dalam ucapannya, beliau berkata, kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan dengan kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah merangkumi kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam, kelab dan persatuan di mana, selain menyeronokkan, kegiatan ini mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya seperti meningkatkan daya kepimpinan pelajar pemupukan dan galakan seseorang pelajar itu dilantik sebagai ketua untuk memimpin sebuah pertubuhan, mengembangkan potensi pelajar, semangat perpaduan kalangan pelajar dan memberikan kesihatan yang baik dan otak yang cerdas kepada pelajar.

Menyedari kepentingan kegiatan kokurikulum di kalangan pelajar, beliau turut mengingatkan para pelajar agar tidak mudah terpengaruh dengan rakan sebaya yang bermasalah.

"Penglibatan pelajar atau kanak-kanak dalam jenayah bukan satu perkara baru kerana pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, jenayah berat seperti samun, rogol dan sehingga ada yang membawa kepada kes pembunuhan turut berlaku di kalangan remaja," ujarnya.
 
"Kesibukan ibu bapa yang bekerja sehingga terlupa akan tanggungjawab hakiki mereka mendorong anak-anak mereka mencari rakan sebaya untuk mengadu masalah dan menghabiskan masa berbanding ibu bapa,"  tambahnya lagi. 

Sehubungan itu, beliau menegaskan pelajar-pelajar di peringkat usia muda ini harus diberi pendedahan dengan aktiviti yang berfaedah, bermanfaat dan antara inisiatif yang relevan kepada para pelajar ialah Community Policing yang berkonsepkan 'Mesra Rakyat'.

"Saya berharap para pelajar dapat turut sama bertindak sebagi duta kecil ke arah pencapaian matlamat untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, kawan-kawan, jiran-jiran, sanak-saudara dan ahli masyarakat tentang pentingnya komuniti bekerjasama dengan pihak polis dalam menangani perlakuan jenayah," akhiri beliau seterusnya menyempurnakan peramian majlis diikuti dengan sesi lawatan pameran sudut bergambar di ruangan khas dewan.

Turut hadir pada hari ini, YDH SAC Dato' Osman bin Mohd Salleh, Ketua Polis Negeri Sembilan, Y.Bhg Encik Gani bin Daud, Ahli Jawatankuasa PIBG, Y.Bhg Encik Mohd Fadzil bin Jamil, Wakil Pengarah Pelajaran Dan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban, YDH ACP Saiful Azli bin Haji Kamarudin, Ketua Polis Daerah Seremban, YDH C/Insp Abdul Rashid, Ketua Balai Polis Mantin, Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Ketua-ketua Komuniti Masyarakat, Guru-guru Sekolah Mantin dan para pelajar. 


Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ketibaan YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ketua Baris Kadet Polis SMK Mantin melaporkan kekuatan anggota baris

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
YDH Timbalan Ketua Polis Negara memeriksa baris

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Majlis dimulakan dengan bacaan doa

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Memukau penonton... Persembahan nyanyian diiringi oleh Kumpulan Giutar Rancak SMK Mantin sebagai pembuka tirai

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ucapan Y.Bhg Puan Fadhilah binti Shahurain, Pengetua Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Mantin

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ucapan Y.Bhg Encik Mohd Fadzil bin Jamil, Wakil Pengarah Pelajaran Dan Pegawai Pelajaran Daerah Seremban

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ucapan perasmian YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Antara yang hadir

Penyampaian sijil dan hadiah kepada pelajar terbaik dalam bidang akedemik dan kokurikulum
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama

Sijil penghargaan dan cenderahati kepada guru-guru penyelia persatuan yang terbaik
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama


Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Pameran Robotic... Salah satu hasil dalam bidang Kokurikulum (2009) sehingga pernah mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa, Korea

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Ruangan pameran gambar

Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Timbalan Kpn Gamit Nostalgia Di Sekolah Lama
Bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 7.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM