Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Timbalan Kpn Dan Warga Pdrm Hadir Ke Majlis Bacaan Yasin Sempena Hari Keputeraan Yang Di Pertuan Agong

Published: 01 Jun 2023 1.47 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 1 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023, di Masjid Negara di sini, petang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-kpn-dan-warga-pdrm-hadir-ke-majlis-bacaan-yasin-sempena-hari-keputeraan-yang-di-pertuan-agong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:33 MYT

Kuala Lumpur, 1 Jun 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tahun 2023, di Masjid Negara di sini, petang tadi.

Antara kenamaan negara yang turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Dato' Johari Abdul, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato' Setia Dr. Hj. Mohd Na'im Hj. Mokhtar dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Majlis yang dimulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat itu telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tuan Hj. Ehsan Mohd Hosni.

Timbalan KPN bersama jemaah yang lain kemudiannya menunaikan solat fardhu Maghrib secara berjemaah sebelum majlis berakhir kira-kira jam 8.00 malam tadi.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), CP Dato' Sri Azri Ahmad, Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, DCP Dato' Muhammad Abdul Halim dan Timbalan Pengarah (Bahagian Agama & Kaunseling), JIPS Bukit Aman, DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Daud, para pegawai kanan serta pegawai rendah polis sekitar Lembah Klang.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan dan Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid.

May be an image of 6 people

May be an image of 6 people

May be an image of 9 people and text

May be an image of 9 people and dais

May be an image of 1 person and dais

May be an image of 9 people and text

May be an image of 3 people

May be an image of 17 people

ArticlePublished 01 Jun 2023 1.47 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM