
Artikel
Isu Tular Artikel Pilihan Ibu Tidak Bayar Hutang Punca Kereta Anak Dilarikan
Butterworth, 2 Jun 2023 - Gara-gara ibu gagal melunaskan wang pinjaman, kereta milik anak lelakinya dirampas tiga lelaki dalam kejadian di lampu isyarat Jalan...
Butterworth, 2 Jun 2023 - Gara-gara ibu gagal melunaskan wang pinjaman, kereta milik anak lelakinya dirampas tiga lelaki dalam kejadian di lampu isyarat Jalan Bagan Lalang, di sini pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, ACP Mohd. Asri Shafie berkata, susulan kejadian itu, pihaknya berjaya menahan ketiga-tiga lelaki tempatan yang berusia lingkungan 27 sehingga 49 tahun semalam.
Katanya, suspek ditahan di tiga lokasi berbeza iaitu di Kuala Kangsar, Perak dan Seberang Jaya serta dekat sini.
“Hasil siasatan awal mendapati ibu mangsa yang berusia 57 tahun telah membuat pinjaman wang berjumlah RM100,000 daripada seorang lelaki pada tahun 2020.