
Article
Timbalan Kpn Baharu Mulakan Tugas Rasmi
Kuala Lumpur, 27 Disember 2021 - DIG Dato' Razarudin Husain memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu, hari ini.
Kuala Lumpur, 27 Disember 2021 - DIG Dato' Razarudin Husain memulakan tugas rasminya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN) yang baharu, hari ini.
Beliau yang tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini tepat jam 7.30 pagi tadi telah diiringi oleh Setiausaha Polis Malaysia, DCP Tuan Ruslan Khalid dan pegawai dari pejabat Urus Setia Ketua Polis Negara.
Dato' Razarudin merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik sejak 9 September 2020 menggantikan Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim yang bersara pada 25 Disember lalu.
Turut diadakan tadi ialah bacaan doa selamat di pejabat Timbalan KPN yang dipimpin oleh Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling), Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, ACP Tuan Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin dan Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan