
Artikel
Opbanjir Pga Dan Psp Berpadu Tenaga Laksana Operasi Pasca Banjir Di Puchong
Susah senang, kedua-dua unit di bawah kibaran bendera Sang Saka Biru ini sentiasa bersama untuk berpadu tenaga membantu masyarakat ketika operasi pasca banjir...
'Bukit sama didaki, lurah sama dituruni'.
Peribahasa yang sesuai digambarkan untuk perhubungan akrab sesama warga Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) dalam membantu penduduk setempat membersihkan Kampung Seri Aman Luar dan Kampung Seri Aman Berkat dekat Puchong, Selangor.
Susah senang, kedua-dua unit di bawah kibaran bendera Sang Saka Biru ini sentiasa bersama untuk berpadu tenaga membantu masyarakat ketika operasi pasca banjir ini.
Dalam operasi pasca banjir tadi, seramai dua pegawai kanan dan 69 anggota PGA serta PSP ditugaskan membantu kerja-kerja pembersihan di perkampungan penduduk itu.













