
Article
Timbalan Kpn Adakan Lawatan Ke Media Prima Berhad
Kuala Lumpur, 1 Jun 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad di Jalan Ri...
Kuala Lumpur, 1 Jun 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain hari ini mengadakan lawatan ke Media Prima Berhad di Jalan Riong, Bangsar, di sini.
Kehadiran beliau disambut mesra oleh Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr.) Syed Hussian Aljunid bersama Pengurus Besar Kumpulan, Encik Azlan Abdul Aziz dan Ketua ArtCrIB, Galeri Prima & KLIK, Puan Azlynn Aziz.
Selain perbincangan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan oleh kedua-dua pihak, Dato' Razarudin turut dibawa melawat ke Galeri Prima yang mempamerkan koleksi hasil seni lukisan dan juga KLIK, iaitu simpanan keratan akhbar lama serta gambar liputan terdahulu.
Turut hadir, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, ACP Skandaguru Anandan.
Jurugambar: Inspektor Muhamad Asiff Jamaldin