
Artikel
Video Pilihan Rondaan Polis Bersama Penduduk Zon Tengah Ss20 Kurangkan Kebimbangan Menjadi Mangsa Jenayah Terima Kasih Masyarakat Yang Prihatin
Kerjasama di antara pihak polis bersama penduduk kawasan Zon Tengah SS20 Petaling Jaya yang melakukan rondaan di kawasan kejiranan tersebut nyata mampu menanga...
Kerjasama di antara pihak polis bersama penduduk kawasan Zon Tengah SS20 Petaling Jaya yang melakukan rondaan di kawasan kejiranan tersebut nyata mampu menangani kebimbangan daripada menjadi mangsa penjenayah.
Perkara tersebut juga boleh meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap penguatkuasaan undang-undang selain mengeratkan lagi hubungan pihak polis dengan orang awam.
Penghargaan kepada masyarakat Malaysia yang prihatin, kerana usaha menjaga keselamatan di kawasan kediaman adalah tanggungjawab bersama. Amalkan sikap ambil tahu dalam kalangan masyarakat dan jadilah mata serta telinga polis dengan menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kegiatan jenayah.