Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Al-Fatihah buat pelatih Inspektor Mohd Redzuan Ishak, 26 tahun yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu yang lalu, telah meninggal dunia pada jam 4.20 pagi ini. Allahyarham merupa..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/timbalan-ketua-polis-negara-melawat-keluarga-arwah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:39 MYT
Kuala Lumpur - 17 Mac 2011

Al-Fatihah buat pelatih Inspektor Mohd Redzuan Ishak, 26 tahun yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu yang lalu, telah meninggal dunia pada jam 4.20 pagi ini. Allahyarham merupakan mangsa kedua meninggal dunia akibat serangan virus Adenovirus bulan ini.

Atas rasa simpati dan kekeluargaan pasukan PDRM, YDH Datuk Hussin Bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara sendiri hadir  di Makmal Forensik HKL untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Turut hadir lawatan adalah YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Pegawai-Pegawai Kanan polis, anggota polis warga PULAPOL Kuala Lumpur dan rakan media.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk dikebumikan. Adenovirus mula dikesan menyerang PULAPOL Kuala Lumpur pada 4 Mac 2011. Mangsa pertama adalah seorang Konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar. Allahyarham telah meninggal dunia pada 9 Mac 2011.

Sehingga 8 pagi semalam, seramai 34 pelatih dirawat di HKL manakala 6 lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Ayah kepada Allahyarham Mohd Redzuan Ishak ditenangkan oleh jurulatih PULAPOL

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
YDH Timbalan Ketua Polis Negara memberi kata semangat kepada ayah Allahyarham

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Turut hadir adalah YDH Setiausaha Polis dan Pegawai Kanan polis

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Bersama-sama membacakan Surah Yassin untuk disedekahkan kepada Allahyarham

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Antara ahli keluarga Allahyarham yang hadir di HKL

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Temuramah ringkas di perkarangan Makmal Forensik

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Temuramah singkat bersama YDH Komandan PULAPOL Kuala Lumpur

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Persediaan telah disiapkan untuk membawa jenazah

Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Suasana hiba di perkarangan Makmal Forensik Hospital Kuala Lumpur

Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto  :  L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : C/Insp. Norsuzila Bt. Kamaruldin

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM