Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semangat mempertahankan tanahair sewajarnya dizahirkan pada setiap warga PDRM pada zaman sekarang dan mereka patut mencontohi Tragedi Bukit Kepong yang telah mengorbankan ramai anggota polis kita 60 t..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tragedi-bukit-kepong-teladani-pengorbanan-anggota-polis-dahulu
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:54 MYT

Bukit Kepong , 18 Mac 2011 - "Semangat mempertahankan tanahair sewajarnya dizahirkan pada setiap warga PDRM pada zaman sekarang dan mereka patut mencontohi Tragedi Bukit Kepong yang telah mengorbankan ramai anggota polis kita 60 tahun yang lalu," ujar Dato' Wira Abd. Rahman bin Ismail, Mantan Timbalan Ketua Polis Negara di Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Genap 60 Tahun Peristiwa Bukit Kepong hari ini.

Dalam ucapannya juga, beliau mengajak warga PDRM pada hari ini supaya mengamalkan profesionalisme dalam penugasan dan fungsi lencana Integriti Amalan Kita yang disemat di uniform seharusnya dipraktik dan diimplementasikan pada setiap masa.

Beliau juga berharap dengan pembudayaan profesionalime ini, akan timbul sifat sayang dan hormat rakyat kepada PDRM sehingga sanggup memanggil atau menyebut 'POLIS KITA' pada masa akan datang.

"Untuk mencapai cita-cita ini adalah disyorkan anggota-anggota Polis memulakan dengan memanggil KPN KITA, KP KITA, KPD KITA dan POLIS KITA", tambah beliau lagi.

Turut hadir pada majlis ini, YDH SAC Dato' Mohd. Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) PDRM selaku wakil Ketua Polis Negara, YDH SAC Raja Musa bin Raja Razak, Komandan Maktab Teknik PDRM Bakri, YDH ACP Haji Che Yusop bin Che Ngah, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, YDH ACP Haji Mohammad Nasir bin Ramli, Ketua Polis Daerah Muar, Y.bhg Tuan Haji Tahir bin Taat, ADUN Bukit Serampang, Pegawai-pegawai kanan PDRM, Penghulu-penghulu dan Ketua-ketua Kampung dan penduduk setempat.

Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Genap 60 Tahun Peristiwa Bukit Kepong pada hari ini di sumbang oleh Y.Bhg Dato' Wira Abd Rahman bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Polis Negara.

Mengimbas Kembali Tragedi Bukit Kepong - 23 Februari 1950

Tanggal 23 Februari 1950, tercatat satu titik hitam dalam sejarah PDRM apabila Balai Polis Bukit Kepong telah diserang oleh segerombolan 180 orang pengganas Komunis.

Balai Polis Bukit Kepong diketuai oleh Sarjan Jamil bin Mohd Shah dengan kekuatan 15 anggota Polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin. Pasukan ini turut diperkukuhkan oleh 3 Konstabel Polis Khas dan 4 Polis Tambahan dengan kekuatan 22 orang anggota semuanya.

Serangan pada malam hari hingga keesokan paginya telah mengorbankan 14 anggota polis, 5 anggota polis tambahan, 5 orang keluarga anggota polis dan 2 orang penduduk kampung.

Walaupun hampir kehabisan peluru, mereka tetap berlawan bermati-matian dan enggan menyerah apabila pihak komunis mengarahkan mereka berbuat demikian.

Demi mempertahankan Balai Polis Kepong daripada jatuh ke tangan Komunis, mereka sanggup bergadai nyawa berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Mereka akhirnya gugur dalam pertempuran tersebut, demi mempertahankan tanah air, hak-hak dan warisan generasi mereka.

Tiada apa yang dapat digantikan dengan pengorbanan mereka yang amat mulia demi masa depan negara dan pasukan PDRM.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka dengan kemuliaan dan kesejahteraan serta ditempatkan di kalangan orang mukmin yang soleh dan solehah.

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis DahuluYDH SAC Dato' Mohd Nizar bin Mohd Ali, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), mewakili YDH Ketua Polis Negara di Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Sempena Genap 60 Tahun Peristiwa Bukit Kepong

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu
tengah...Y.Bhg Dato' Wira Abd Rahman bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Polis Negara (1983-1985)


Sekitar lMajlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Jumaat bersama penduduk Bukit Kepong di Masjid Jamek, Pekan Bukit Kepong
Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu



Jamuan Makan Tengahari di perkarangan Pondok Polis Bukit Kepong
Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu
Pengisahan Peristiwa Bersejarah Bukit Kepong oleh Y.Bhg Dato' Wira Abd Rahman bin Ismail...

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu
Waris-waris mangsa peristiwa Bukit Kepong

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Gambar Kenangan di hadapan Balai Polis Bukit Kepong
Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu
Menandatangani Buku Pelawat...

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu

Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu



Tragedi Bukit Kepong Teladani Pengorbanan Anggota Polis Dahulu
Pusara wira dan wirawati ...Bagi memperingati mereka yang mengorbankan nyawa mempertahankan negara ini dengan semangat kepahlawanan yang tidak ternilai selaras dengan tradisi murni perkhidmatan Polis kepada rakyat, mereka berkorban agar negara dan rakyat terus ujud. Mereka akan bersemadi dalam kenangan dan menjadi inspirasi dan galakan yang berterusan, semoga Allah mencucuri segala rahmat ke atas roh mereka...AMIN


Wartawan  : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto   : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM