Article
Timbalan Ketua Polis Negara Melawat Keluarga Arwah
Al-Fatihah buat pelatih Inspektor Mohd Redzuan Ishak, 26 tahun yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu yang lalu, telah meninggal dunia p...
Kuala Lumpur - 17 Mac 2011
Al-Fatihah buat pelatih Inspektor Mohd Redzuan Ishak, 26 tahun yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak seminggu yang lalu, telah meninggal dunia pada jam 4.20 pagi ini. Allahyarham merupakan mangsa kedua meninggal dunia akibat serangan virus Adenovirus bulan ini.
Atas rasa simpati dan kekeluargaan pasukan PDRM, YDH Datuk Hussin Bin Hj Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara sendiri hadir di Makmal Forensik HKL untuk menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham. Turut hadir lawatan adalah YDH DCP Dato' Hj. Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Pegawai-Pegawai Kanan polis, anggota polis warga PULAPOL Kuala Lumpur dan rakan media.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Bandar Sungai Buaya, Rawang untuk dikebumikan. Adenovirus mula dikesan menyerang PULAPOL Kuala Lumpur pada 4 Mac 2011. Mangsa pertama adalah seorang Konstabel pelatih lelaki berusia 21 tahun berasal dari Kuala Kangsar. Allahyarham telah meninggal dunia pada 9 Mac 2011.
Sehingga 8 pagi semalam, seramai 34 pelatih dirawat di HKL manakala 6 lagi dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Ayah kepada Allahyarham Mohd Redzuan Ishak ditenangkan oleh jurulatih PULAPOL

YDH Timbalan Ketua Polis Negara memberi kata semangat kepada ayah Allahyarham

Turut hadir adalah YDH Setiausaha Polis dan Pegawai Kanan polis

YDH Timbalan Ketua Polis Negara bertemu dengan ahli keluarga Allahyarham

Bersama-sama membacakan Surah Yassin untuk disedekahkan kepada Allahyarham

Antara ahli keluarga Allahyarham yang hadir di HKL

Temuramah ringkas di perkarangan Makmal Forensik

Temuramah singkat bersama YDH Komandan PULAPOL Kuala Lumpur

Persediaan telah disiapkan untuk membawa jenazah

Suasana hiba di perkarangan Makmal Forensik Hospital Kuala Lumpur
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : C/Insp. Norsuzila Bt. Kamaruldin