Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Warga Indonesia Ditahan 23 Kes Pecah Kereta Selesai

Published: 18 Jun 2014 8.29 AM Updated: 15 Aug 2026 7.36 PM
Taiping, 24 Jan - Polis menahan tiga lelaki warganegara Indonesia ketika sedang mengumpil pintu sebuah kereta di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng pada Selasa lepas...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-warga-indonesia-ditahan-23-kes-pecah-kereta-selesai
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:57 MYT

Taiping, 24 Jan - Polis menahan tiga lelaki warganegara Indonesia ketika sedang mengumpil pintu sebuah kereta di Pusat Transformasi Luar Bandar di Gopeng pada Selasa lepas.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan tangkapan suspek yang berusia antara 27 hingga 40 tahun itu, pihak polis percaya dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes pecah kereta termasuk di Kuala Lumpur dan Melaka.

"Kumpulan ini aktif sejak tiga bulan lepas dan mereka menginap di hotel murah di sekitar Ipoh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati mereka datang ke negara ini sebagai pelancong dan kerap berulang alik dari Batam melalui Stulang Laut, Johor Baharu.

Katanya suspek mahir melakukan kegiatan pecah kereta dan jumlah kerugian kes yang mereka lakukan benilai kira-kira RM70,000.

Dalam kes berasingan, Acryl Sani berkata polis menahan tiga lelaki berumur antara 20 hingga 26 tahun yang dipercayai melakukan kegiatan samun di sekitar Ipoh pada Rabu lepas.

"Suspek ditahan ketika menaiki motosikal jenis Scrambler dan Yamaha LC di kawasan Tanjung Rambutan serta dirampas beberapa telefon bimbit dan dompet yang disamun daripada mangsa," katanya.

Suspek melakukan 20 kes samun terutama terhadap wanita.

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.29 AMUpdated 15 Aug 2026 7.36 PM