Tiga Warga Indonesia Ditahan 23 Kes Pecah Kereta Selesai
Taiping,
24 Jan - Polis menahan tiga lelaki warganegara Indonesia ketika sedang
mengumpil pintu sebuah kereta di Pusat Transformasi Luar Bandar di
Gopeng pada Selasa lepas.
Ketua
Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dengan tangkapan
suspek yang berusia antara 27 hingga 40 tahun itu, pihak polis percaya
dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya 23 kes pecah kereta termasuk di
Kuala Lumpur dan Melaka.
"Kumpulan
ini aktif sejak tiga bulan lepas dan mereka menginap di hotel murah di
sekitar Ipoh," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah
Taiping hari ini.
Beliau
berkata siasatan mendapati mereka datang ke negara ini sebagai
pelancong dan kerap berulang alik dari Batam melalui Stulang Laut, Johor
Baharu.
Katanya suspek mahir melakukan kegiatan pecah kereta dan jumlah kerugian kes yang mereka lakukan benilai kira-kira RM70,000.
Dalam
kes berasingan, Acryl Sani berkata polis menahan tiga lelaki berumur
antara 20 hingga 26 tahun yang dipercayai melakukan kegiatan samun di
sekitar Ipoh pada Rabu lepas.
"Suspek
ditahan ketika menaiki motosikal jenis Scrambler dan Yamaha LC di
kawasan Tanjung Rambutan serta dirampas beberapa telefon bimbit dan
dompet yang disamun daripada mangsa," katanya.
Suspek melakukan 20 kes samun terutama terhadap wanita.
Sumber : BERNAMA