Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Warga Indonesia Antara Empat Ditahan Disyaki Pecah Rumah

Published: 16 Feb 2016 8.16 AM Updated: 15 Aug 2026 7.32 PM
Polis menumpaskan satu sindiket pecah rumah dengan penahanan tiga suspek warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang dipercayai dalang sindiket berkenaan dalam dua tangkapan berasingan di sini dan di Klang.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-warga-indonesia-antara-empat-ditahan-disyaki-pecah-rumah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT
Shah Alam, 16 Febuari 2016 - Polis menumpaskan satu sindiket pecah rumah dengan penahanan tiga suspek warga Indonesia dan seorang warga tempatan yang dipercayai dalang sindiket berkenaan dalam dua tangkapan berasingan di sini dan di Klang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata dengan penahanan mereka, polis percaya telah berjaya menyelesaikan sebanyak 11 kes pecah rumah
yang berlaku di sekitar daerah ini dan Klang sejak tiga bulan lepas.

Beliau berkata dalam tangkapan pertama pada Rabu lepas, dalang sindiket berusia 26 tahun serta seorang lelaki  Indonesia berusia 29 tahun ditahan pada pukul 2.30 petang oleh sepasukan peronda polis ketika memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Persiaran Selangor, Seksyen 16 di sini.

"Menyedari diekori polis, kedua-dua penjenayah cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditahan. Pemeriksaan polis ke atas kereta itu menjumpai tiga buah beg galas yang penuh dengan pelbagai barangan antaranya laptop, barang kemas dan jam tangan.

"Polis turut menjumpai pelbagai alatan seperti pemutar skru dan pemotong besi yang dipercayai digunakan bagi kegiatan pecah rumah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Shafien berkata berikutan soal-siasat ke atas suspek, telah membawa pihak PDRM penahanan dua lagi ahli sindiket warga Indonesia, lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 39 tahun, di sebuah kediaman di Andalas, Klang dekat sini pada pukul 2 pagi Khamis.

"Polis menjumpai pelbagai lagi barangan dipercayai hasil pecah rumah dan alatan bagi melakukan jenayah berkenaan ketika melakukan pemeriksaan ke atas rumah itu.

"Jumlah keseluruhan rampasan dalam kedua-dua tangkapan dianggarkan bernilai RM21,000 termasuk beberapa barang kemas yang berjaya diperoleh semula setelah
suspek menjualkannya kepada dua buah kedai pajak gadai di sekitar Klang," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.- BERNAMA
ArticlePublished 16 Feb 2016 8.16 AMUpdated 15 Aug 2026 7.32 PM