Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Warga Asing Antara 18 Ditahan Polis Hilir Perak Dalam Operasi Dadah

Published: 28 Sep 2016 8.36 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Dua lelaki dan seorang wanita warga asing antara 18 individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar Chenderong Balai di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-warga-asing-antara-18-ditahan-polis-hilir-perak-dalam-operasi-dadah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:56 MYT
Teluk Intan, 28 September 2016 - Dua lelaki dan seorang wanita warga asing antara 18 individu yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pengedaran dadah dalam Ops Tapis Bersepadu di sekitar Chenderong Balai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Yahaya Hassan berkata kedua-dua lelaki warga asing tidak mempunyai dokumen perjalanan manakala wanita itu memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Katanya dalam serbuan itu polis merampas 28 paket plastik lutsinar disyaki mengandungi dadah jenis methamphetamine bernilai RM10,000 serta sebuah motosikal yang pernah dilaporkan hilang pada 2015 di Cheras, Kuala Lumpur.

"Hanya seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau, manakala hasil ujian air kencing mendapati tiga suspek termasuk dua lelaki warga asing positif dadah jenis methamphetamine," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua suspek berusia antara 20-an hingga 30-an ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.- BERNAMA
ArticlePublished 28 Sep 2016 8.36 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM