Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

10 Orang Selamat Selepas Bot Karam Di Perairan Tawau

Diterbitkan: 28 Sep 2016 3.44 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Tawau, 28 sept 2016 - Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/10-orang-selamat-selepas-bot-karam-di-perairan-tawau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:58 MYT

Tawau, 28 sept 2016 - Seramai 10 penumpang bot berjaya diselamatkan selepas bot jongkong yang dinaiki mereka karam di perairan daerah ini, pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Supt Mustafa Maaruf Mustafa berkata kesemua mangsa yang terdiri enam wanita dan empat lelaki itu berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung yang berada di sekitar lokasi kejadian.

"Semasa kejadian itu kami menerima laporan mengenai satu bot jongkong yang dalam perjalanan dari Sungai Melayu menuju ke pelabuhan Tawau, karam.

"Namun pada 7.45 pagi tadi kami telah dimaklumkan bahawa kesemua mangsa bot karam itu berjaya diselamatkan dan telah di bawa ke Kampung Sungai Melayu," katanya dalam kenyataan.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 28 Sep 2016 3.44 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM