Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Termasuk Polis Palsu Ditahan

Published: 06 May 2018 3.47 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Serdang, 6 Mei 2018 - Polis menahan tiga penjenayah termasuk seorang yang menyamar anggota polis, tiga jam selepas suspek menyamun sekumpulan lelaki warga Bangladesh, di sekitar daerah ini, Selasa lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-termasuk-polis-palsu-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:33 MYT

Serdang, 6 Mei 2018 - Polis menahan tiga penjenayah termasuk seorang yang menyamar anggota polis, tiga jam selepas suspek menyamun sekumpulan lelaki warga Bangladesh, di sekitar daerah ini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, enam pekerja pembinaan berusia 20 hingga 30-an disamun tiga lelaki berkenaan ketika berada di rumah kongsi mereka di Jalan Persiaran Damai Utama 1, Damai Utama, Puchong, di sini.

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, ketika mangsa berada di rumah terbabit, tiga suspek berkenaan 'menyerbu' rumah kongsi itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

"Mereka yang masing-masing membawa parang, sabit dan kayu hoki kemudian menyelongkar bilik mangsa untuk mencari barangan berharga.

"Suspek merampas wang tunai berjumlah RM1,420, pasport dan lima telefon bimbit milik mangsa sebelum melarikan diri dengan menunggang tiga motosikal," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ismadi berkata, hasil soal siasat terhadap mangsa, pihaknya berjaya mengesan lokasi suspek sebelum mereka berjaya diberkas dalam serbuan berasingan di sekitar daerah ini kira-kira jam 4 pagi, pada hari sama.

"Dalam serbuan itu, kami turut merampas beberapa telefon bimbit milik mangsa yang ditemui bersama tiga suspek berkenaan yang berusia lingkungan 30-an.

"Semua suspek yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 395/397 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata serta menyamar sebagai polis,” katanya. – BERITA HARIAN ONLINE

ArticlePublished 06 May 2018 3.47 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM