Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Suspek Ditahan Termasuk Teman Wanita Mangsa Tembak

Published: 18 Jun 2014 8.14 AM Updated: 15 Aug 2026 7.35 PM
Nibong Tebal, 22 Jan - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga Thailand bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah ditembak di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, J..Urusetia KPN
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-suspek-ditahan-termasuk-teman-wanita-mangsa-tembak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:20 MYT

Nibong Tebal, 22 Jan - Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita warga Thailand bagi membantu siasatan kes seorang lelaki cedera parah ditembak di hadapan sebuah rumah di Taman Sintar Indah, Jawi di sini, Isnin lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata wanita berusia 30-an yang dipercayai teman wanita mangsa tembak itu ditahan pukul 3 pagi semalam di sebuah rumah di Nibong Tebal di sini.

"Wanita itu bersama mangsa dari Banting, Selangor ke negeri ini dan ketika kejadian tembak itu berlaku dia (wanita) berkenaan berada di bahagian garaj rumah dan sedang berbual dengan pemilik kediaman tersebut," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Katanya dua suspek lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan di Banting lewat petang semalam dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), di sini bagi membantu siasatan.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal dua lelaki berkenaan mengenali mangsa dan polis tidak menolak kemungkinan kejadian tembak itu berpunca daripada dendam.

Mazlan berkata kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 8.14 AMUpdated 15 Aug 2026 7.35 PM