Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Bakar Teman Wanita Di Setapak Jaya Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 8.14 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.35 PM
Kuala Lumpur, 22 Jan - Lelaki dipercayai membakar teman wanita dan anak perempuannya di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya, semalam ditahan polis di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang, Pe..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-bakar-teman-wanita-di-setapak-jaya-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:06 MYT

Kuala Lumpur, 22 Jan - Lelaki dipercayai membakar teman wanita dan anak perempuannya di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak Jaya, semalam ditahan polis di sebuah taman perumahan di Hutan Melintang, Perak kira-kira 3 pagi ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata penganggur berusia 27 tahun itu dipercayai melarikan diri ke tempat asalnya sejurus kejadian.

Sewaktu suspek ditahan, polis menemui satu plastik lutsinar seberat 2.15 gram yang dipercayai ganja, katanya dalam sidang media selepas sambutan Maulidur Rasul Kontinjen Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

"Berdasarkan siasatan, motif kejadian adalah disebabkan perselisihan faham dengan teman wanitanya mengakibatkan dia hilang pertimbangan dan membakar rumah yang didiami wanita itu," katanya.

Katanya keadaan wanita itu yang merupakan ibu tunggal dilaporkan kritikal, mengalami kelecuran sehingga 65 peratus di seluruh badan.

"Anaknya yang berusia satu tahun enam bulan juga dalam keadaan kritikal manakala ibunya berusia 62 tahun dirawat sebagai pesakit luar," kata Khairi.

Dalam kejadian itu, suspek dikatakan datang ke rumah tersebut untuk bertemu teman wanitanya yang merupakan janda beranak tiga sebelum mereka berdua bertengkar.

Suspek kemudian beredar dalam tempoh beberapa minit sebelum datang semula dan terus masuk ke bilik wanita itu lalu mencurah petrol serta menyalakan api.

Sumber : BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 8.14 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.35 PM