Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3.30 pagi itu berlaku ketika anggota polis berkenaan singgah di sebuah kedai serbaneka untuk membeli rokok.
Beliau kemudian disapa oleh tiga lelaki yang memperkenalkan diri sebagai polis sebelum diserang dengan senjata tajam oleh tiga lelaki berkenaan apabila turut memperkenalkan diri sebagai polis.
Suspek kemudiannya bertindak melarikan diri daripada tempat kejadian dan meninggalkan mangsa yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah abdomen.
Sumber: Borneo Post Online
