Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suspek Samun Kedai Serbaneka Diberkas Ketika Urusan Sewa Ker

Diterbitkan: 17 Jun 2014 4.13 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Terengganu, 31 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun di kedai sebaneka 24 jam dan kedai runcit di beberapa daerah di negeri ini semalam. Ketua Jabatan Siasat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-samun-kedai-serbaneka-diberkas-ketika-urusan-sewa-ker
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:46 MYT
Kuala Terengganu, 31 Mei - Polis menahan seorang lelaki yang aktif melakukan kegiatan samun di kedai sebaneka 24 jam dan kedai runcit di beberapa daerah di negeri ini semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata lelaki berusia 25 tahun itu diberkas kira-kira pukul 8.15 malam di pejabat sebuah kedai sewa kereta di Kampung Pak Tuyu Gong Badak di sini.

Katanya ketika ditahan, suspek yang berasal dari Kampung Tok Adis Kuala Ibai sedang berurusan untuk menyewa kereta bagi melakukan samun di tempat lain. Polis turut merampas wang tunai RM230 daripadanya.

Hasil pemeriksaan ke atas motosikal jenis Yamaha Lagenda milik suspek, polis menemui sebilah pisau bersarung kayu disorokkan di dalam beg galas yang digunakannya untuk menyamun, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Manoharan berkata beberapa peralatan lain seperti cermin mata, seluar, baju sejuk dan kasut milik suspek yang digunakan untuk menyamun turut dirampas di kediamannya di Kuala Ibai di sini.

"Siasatan awal mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan akan menyewa kereta bagi melakukan kerja menyamun dan sasarannya ialah kedai serbaneka dan kedai runcit," katanya.

Beliau berkata suspek yang juga positif dadah jenis methamphetamine kini ditahan untuk siasatan lanjut.

BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 4.13 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM