Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penyamun Diberkas

Published: 17 Jun 2014 2.56 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Pemeriksaan forensik yang dilakukan di bilik hotel itu turut menemui sepucuk revolver .38 serta beberapa paket ketamin dan ekstasi,' katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS)...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penyamun-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 13:10 MYT

Tiga Penyamun Diberkas

Kuala Lumpur, 14 April - Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita dan merampas sepucuk pistol, dua buah kereta dan beberapa bungkusan dadah di Hotel Richbaliz, Selayang Point, Selayang hari ini.


Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata ketiga-tiga suspek yang berumur antara 34 dan 37 tahun dipercayai menyamun wang tunai kira-kira RM1,000 dari sebuah pusat snuker di Kompleks Selayang Capital yang terletak kira-kira 100 meter daripada hotel itu pada pukul 8.15 pagi tadi.

Beliau berkata polis yang bertindak atas maklumat kemudiannya menyerbu hotel itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ketiga-tiga suspek sedang berada dalam keadaan khayal di dalam sebuah bilik.

"Pemeriksaan forensik yang dilakukan di bilik hotel itu turut menemui sepucuk revolver .38 serta beberapa paket ketamin dan ekstasi," katanya kepada Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Abdul Rahim berkata polis turut menemui wang tunai yang disamun itu serta dua buah kereta yang dipercayai telah digunakan suspek.

Beliau berkata semasa menyamun pusat snuker itu, dua daripada suspek dilaporkan telah mengacukan revolver berkenaan ke arah pemilik pusat tersebut.

Kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata api. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.56 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM