Tiga Penyamun Diberkas
Tiga Penyamun Diberkas
Kuala
Lumpur, 14 April - Polis menahan tiga orang termasuk seorang wanita dan
merampas sepucuk pistol, dua buah kereta dan beberapa bungkusan dadah
di Hotel Richbaliz, Selayang Point, Selayang hari ini.
Ketua
Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata ketiga-tiga suspek
yang berumur antara 34 dan 37 tahun dipercayai menyamun wang tunai
kira-kira RM1,000 dari sebuah pusat snuker di Kompleks Selayang Capital yang terletak kira-kira 100 meter daripada hotel itu pada pukul 8.15 pagi tadi.
Beliau
berkata polis yang bertindak atas maklumat kemudiannya menyerbu hotel
itu pada pukul 9 pagi dan mendapati ketiga-tiga suspek sedang berada
dalam keadaan khayal di dalam sebuah bilik.
"Pemeriksaan
forensik yang dilakukan di bilik hotel itu turut menemui sepucuk
revolver .38 serta beberapa paket ketamin dan ekstasi," katanya kepada
Bernama menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).
Abdul
Rahim berkata polis turut menemui wang tunai yang disamun itu serta dua
buah kereta yang dipercayai telah digunakan suspek.
Beliau
berkata semasa menyamun pusat snuker itu, dua daripada suspek
dilaporkan telah mengacukan revolver berkenaan ke arah pemilik pusat
tersebut.
Kesemua
suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disiasat
mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana menyamun menggunakan senjata
api. - BERNAMA