Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penyamun Barang Kemas Diberkas

Published: 17 Jun 2014 2.23 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
'Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 20-an melarikan diri selepas mengisibarang kemas bernilai kira-kira RM200,000 ke dalam beg plastik,' katanya ketika dihubungi malam ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penyamun-barang-kemas-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:14 MYT

KOTA BAHARU, 6 Mac (Bernama) -- Tiga lelaki bersenjatakan parang, kapak dan besi tajam merompak barang kemas bernilai kira-kira RM200,000 di sebuah kedaiemas di Jalan Temenggong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu ACP Azhan Othman berkata kejadian itu berlaku kira-kira 4.45 petang ketika lima pekerja berada di premis tersebut. Tiada pelanggan di
kedai ketika itu.

Menurutnya, tiga lelaki berpakaian jaket hitam dan topi keledar tiba-tibamemasuki kedai itu dan memecahkan cermin pameran barang kemas dengan menggunakansenjata yang dibawa.

"Ketiga-tiga mereka berusia lingkungan 20-an melarikan diri selepas mengisibarang kemas bernilai kira-kira RM200,000 ke dalam beg plastik," katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata menurut saksi, suspek dikatakan melarikan diri dengan menaiki dua motosikal yang diletak di tepi sebuah restoran tidak jauh dari kedai emas itu.


Azhan berkata pihaknya membuat sekatan jalan raya di semua pintu masuk dan keluar di bandar ini bagi mengesan suspek terbabit. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 2.23 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM