Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis N Sembilan Rampas Pelbagai Jenis Dadah Bernilai Rm75

Diterbitkan: 17 Jun 2014 2.24 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Jumlah dadah yang dirampas ialah 1,103 gram ketamine, 70.5 gram syabu, 659 biji pil Eramin 5 dan 137 biji pil Estacy. Turut dirampas satu alat penimbang digital yang dipercayai digunakan untuk menimb..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-n-sembilan-rampas-pelbagai-jenis-dadah-bernilai-rm75
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:02 MYT

Seremban, 6 Mac - Polis Negeri Sembilan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM75,000 dan menahan seorang suspek pada Sabtu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Narkotik negeri Supt Baharom Othman berkata dalam kejadian itu, polis menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di Jalan Zaaba di sini kira-kira pukul 7.30 pagi dan menjumpai pil Eramin 5, Ecstacy, syabu dan ketamine di dalam paket plastik di tempat duduk pemandu.

Beliau berkata suspek berumur 56 tahun itu kemudian membawa polis ke rumahnya di City Homes Seremban 2 dan menjumpai satu tong gas yang diubah suai mengandungi paket plastik berisi ketamine, syabu, Ecstacy dan Eramin 5.

"Jumlah dadah yang dirampas ialah 1,103 gram ketamine, 70.5 gram syabu, 659 biji pil Eramin 5 dan 137 biji pil Estacy. Turut dirampas satu alat penimbang digital yang dipercayai digunakan untuk menimbang dadah berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan di sini hari ini.

Beliau berkata di rumah itu polis turut mengambil keterangan daripada empat wanita warganegara Vietnam yang masing-masing berumur 21 tahun.

Suspek yang tidak memiliki sebarang rekod kesalahan lampau itu direman sehingga Sabtu ini.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 2.24 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM