Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penjenayah Tumpas

Published: 18 Jun 2014 7.46 AM Updated: 15 Aug 2026 7.34 PM
Johor Bharu - Tiga penjenayah warga asing ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis dalam Op Cantas Khas yang dijalankan di kawasan Ulu Tiram di sini, awal pagi ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penjenayah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:12 MYT

Johor Bharu - Tiga penjenayah warga asing ditembak mati selepas cuba menyerang anggota polis dalam Op Cantas Khas yang dijalankan di kawasan Ulu Tiram di sini, awal pagi ini.

Siasatan awal polis mendapati, ketiga-tiga suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an itu disyaki baru sahaja menyamun rumah kongsi di kawasan berdekatan sebelum ditahan pihak polis.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kumpulan penjenayah itu ditahan selepas pasukan peronda terlihat kelibat mereka dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira pukul 4.45 pagi.

Menurutnya, polis kemudian menghampiri mereka bagi tujuan pemeriksaan, namun salah seorang suspek bertindak mengeluarkan sepucuk Revolver dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis.

"Pada masa sama, dua suspek pula telah bertindak mengeluarkan parang dan menyerang anggota kami," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen.

Ekoran tindakan ganas itu, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek untuk mempertahankan diri dan menyebabkan ketiga-tiga mereka mati ditempat kejadian.

Siasatan awal mendapati kumpulan berkenaan dipercayai terlibat melakukan 25 kes samun di negeri ini dan Perak selain bertindak mencederakan mangsa ketika melakukan samun.

Tiga Penjenayah Tumpas
Sumber : Keratan Akhbar Utusan Malaysia

ArticlePublished 18 Jun 2014 7.46 AMUpdated 15 Aug 2026 7.34 PM