George
Town - Polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api
dianggarkan bernilai RM50,000 dalam satu serbuan membanteras
penyeludupan mercun musim perayaan Tahun Baharu Cina, petang, semalam.
Ketua
Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata, rampasan itu
dilakukan dari sebuah kontena berhampiran kawasan rumah pangsa di Paya
Terubong, di sini.
Hasil
pemeriksaan polis ke atas kontena berkenaan berjaya menemui sebanyak
358 kotak pelbagai jenis mercun dan bunga api disorok dalam kontena
terbabit.
"Polis berjaya menahan enam lelaki yang dipercayai ada kaitan dengan penyeludupan tersebut," katanya.
Kesemua suspek dan hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Air Itam untuk siasatan lanjut.

Sumber : Keratan Akhbar Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sorok Mercun Dalam Kontena
George Town - Polis berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api dianggarkan bernilai RM50,000 dalam satu serbuan membanteras penyeludupan mercun musim perayaan Tahun Baharu Cina, petang, sema..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-mercun-dalam-kontena
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.