Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Pengedar Dadah Diberkas

Published: 08 Dec 2017 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Jempol, 8 Dis 2017 - Polis menahan tiga lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Felda Palong 2, dekat sini, malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pengedar-dadah-diberkas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:03 MYT


Jempol, 8 Dis 2017 - Polis menahan tiga lelaki dalam satu serbuan di sebuah rumah di Felda Palong 2, dekat sini, malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dan pengedaran dadah.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Muhd. Nur Hishamuddin Hashim berkata, mereka ditahan dalam satu serbuan oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol pada pukul 11 malam.

"Dalam serbuan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 29 hingga 45 tahun yang berada di dalam rumah tersebut.

"Pemeriksaan lanjut menemui 10 bungkus plastik lutsinar berisi serbuk dan ketulan disyaki heroin anggaran berat 21.22 gram dalam satu beg tangan di lantai ruang tamu rumah itu," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Muhd. Nur Hishamuddin berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit memiliki rekod jenayah lampau berkaitan dadah. Hasil saringan air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

Tambahnya, kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan di IPD Jempol mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952. - K! ONLINE

Tiga Pengedar Dadah Diberkas

ArticlePublished 08 Dec 2017 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM