Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Motosikal Terbabas Konstabel Polis Putus Tangan Kiri

Diterbitkan: 08 Dec 2017 12.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 8 Dis - Seorang konstabel polis putus tangan kiri dan patah tulang tengkuk selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Km1.4 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/motosikal-terbabas-konstabel-polis-putus-tangan-kiri
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:35 MYT


Kuala Lumpur, 8 Dis - Seorang konstabel polis putus tangan kiri dan patah tulang tengkuk selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Km1.4 Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK), di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi ini, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang sebuah motosikal lain.

"Selepas pelanggaran itu, mangsa terbabas ke lorong kiri dan merempuh besi penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, ketika kejadian mangsa yang berusia 25 tahun dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras itu baharu selesai bertugas dan dalam perjalan pulang ke rumahnya di Bandar Baru Bangi.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Serdang dan berada dalam keadaan stabil, katanya.

Ahmad Dzaffir berkata penunggang motosikal berusia 47 tahun yang terlibat dalam kemalangan yang sama hanya mengalami kecederaan ringan. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 08 Dec 2017 12.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.48 AM