Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Penganggur Menyamar Polis Dicekup

Published: 17 Jun 2014 3.11 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang pekerja warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Pengkalan akibat diugut dan disamun suspek berkenaan...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-penganggur-menyamar-polis-dicekup
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:35 MYT

Tiga penganggur ditahan Sabtu lalu kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan menyamar sebagai anggota polis untuk menyamun warga asing terutama di sekitar Ipoh dan Batu Gajah.

Polis sebelum ini menerima laporan daripada seorang pekerja warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang kayu di Kawasan Perindustrian Pengkalan akibat diugut dan disamun suspek berkenaan.

Suspek turut menunjukkan kad kuasa polis dan mengarahkan mangsa mengikut mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah sebelum memaksa mangsa menyerahkan kad ATM sebelum mengeluarkan wang tunai RM1,800 milik mangsa.

Telefon bimbit mangsa juga dirampas sebelum meninggalkan mangsa di belakang bank berkenaan.

Sumber: Akhbar Sinar Harian


Tiga Penganggur Menyamar Polis Dicekup

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.11 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM