Suspek Edar Dadah Tak Serik Dicekup
Seorang
lelaki yang sudah beberapa kali ditahan atas pelbagai kesalahan
berkaitan dadah nyata tidak serik apabila ditahan sekali lagi tiga hari
lalu di Kijal, Terengganu kerana disyaki mengedar heroin, syabu dan pil kuda.
Hasil
pemeriksaan pada suspek, polis menemui pelbagai jenis dadah seperti
syabu, heroin dan 20 pil WY dalam beg pinggang yang dipakainya.
Suspek
turut didapati memiliki sembilan rekod jenayah lampau berkaitan dadah
namun tidak pernah serik biarpun banyak kali ditangkap.
Sumber: Akhbar Berita Harian
