Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Pemuda Bawa Dadah Ditahan

Published: 28 Apr 2015 1.57 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis telah menahan tiga lelaki dan merampas sebanyak 1,884 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM47,100 dalam satu serbuan di persimpangan lampu isyarat di hadapan CIMB Bank, Guchil dekat sini, Jumaat lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pemuda-bawa-dadah-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:24 MYT


Polis telah menahan tiga lelaki dan merampas sebanyak 1,884 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM47,100 dalam satu serbuan di persimpangan lampu isyarat di hadapan CIMB Bank, Guchil dekat sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Gua Musang telah menahan sebuah kereta jenis Honda Ferio warna putih yang datang dari arah Bachok menghala ke Gua Musang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superitendan Mohd Azlan Abdul Kadir berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan yang dinaiki suspek membawa kepada penemuan satu bungkusan plastik berwarna putih di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

SUMBER : KOSMO

Tiga Pemuda Bawa Dadah Ditahan
ArticlePublished 28 Apr 2015 1.57 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM