Seorang pengawal keselamatan berdepan hukuman mati apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang pegawai bank 11 hari lalu.
Tertuduh, Rosly Mohd Ismail, 44, yang memakai baju T berwarna putih mengangguk-angguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Allias.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.
SUMBER : KOSMO