Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tiga Pelajar Nigeria Anggota Sindiket Pengedaran Dadah Ditah

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tiga pelajar kolej warganegara Nigeria yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu ditahan polis di Taman Sri Segambut..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pelajar-nigeria-anggota-sindiket-pengedaran-dadah-ditah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:27 MYT
KUALA LUMPUR, 13 Jun 2011 (Bernama) -- Tiga pelajar kolej warganegara Nigeria yang dipercayai anggota sindiket pengedaran dadah yang bergiat aktif di sekitar Lembah Klang sejak beberapa bulan lalu ditahan polis di Taman Sri Segambut di sini, Jumaat lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur ACP Kang Chez Chiang berkata dalam operasi khas yang dibuat hasil maklumat orang awam pada pukul 5.30 petang itu, polis merampas 1,500 gram bahan ketulan jernih yang disyaki dadah jenis Syabu yang dianggarkan bernilai RM300,000.

"Ketiga-tiga suspek itu merupakan pelajar di sebuah kolej dan dua daripada mereka tinggal di Malaysia selama tiga tahun dan seorang lagi, enam bulan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini.

Kang berkata ketiga-tiga suspek didapati positive Methamphetamine.

Katanya suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula Sabtu lepas dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau juga berkata jumlah dadah yang berjaya dirampas sepanjang tahun ini adalah bernilai RM2 juta, antaranya tujuh kilogram dadah jenis Syabu dan tiga kilogram dadah jenis heroin.

Kang berkata aliran pengedaran dadah kini juga sudah berbeza.

"Tahun lepas kita dapat merampas dadah jenis ganja dan kini trendnya berlainan sikit. Kita dapati dadah jenis heroin dan syabu berleluasa sekarang," tambah beliau.

Kang juga berkata sebanyak 90 peratus warga Nigeria yang terlibat dalam pengedaran dadah merupakan pelajar.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM