Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pistol Serta Peluru Dirampas Daripada Dua Lelaki

Diterbitkan: 16 Jun 2014 7.14 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis Kelantan menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama 38 butir peluru hidup di sebuah bengkel kenderaan di Simpang Empat Sungai Sam di Kuala Krai..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pistol-serta-peluru-dirampas-daripada-dua-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:58 MYT
KOTA BAHARU, 13 Jun (Bernama) -- Polis Kelantan menahan dua lelaki dan merampas sepucuk pistol bersama 38 butir peluru hidup di sebuah bengkel kenderaan di Simpang Empat Sungai Sam di Kuala Krai.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, ACP Lai Yong Heng berkata kedua-dua lelaki terbabit iaitu seorang pekerja bengkel berumur 20 tahun dan majikannya berumur 30 tahun ditahan pada Sabtu kira-kira pukul 9.10 malam.

"Kedua-dua lelaki penduduk tempatan itu kemudian membawa anggota polis ke sebuah bengkel di mana senjata api dan peluru itu ditemui. Setelah diperiksa polis mendapati pistol itu jenis Revolver .38 SPL bersama 38 butir peluru dan sebutir kelongsong peluru," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya, di sini Isnin.

Lai berkata pistol itu dipercayai dari sebuah negara jiran.

Katanya kedua-dua suspek itu mempunyai rekod lampau melibatkan kes jenayah membabitkan dadah serta curi kenderaan.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat beberapa kes jenayah lampau melibatkan suspek itu yang kini ditahan reman dan akan didakwa di mahkamah Isnin ini.

Lai berkata kedua-dua lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1960 yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara antara tujuh hingga 14 tahun.
ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 7.14 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM