Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Tiga Pelajar Ditahan Curi Motosikal Di Baling

Published: 18 Jun 2014 2.12 AM Updated: 15 Aug 2026 7.41 PM
Jitra, 9 Okt - Polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 15 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Baling, hari ini...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tiga-pelajar-ditahan-curi-motosikal-di-baling
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:56 MYT

Jitra, 9 Okt - Polis menahan tiga pelajar lelaki berusia 15 tahun yang disyaki terlibat dalam kes curi motosikal di sekitar daerah Baling, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir Ya berkata ketiga-tiga mereka yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) semalam, ditahan di rumah mereka pada pukul 8 pagi ini.

Beliau berkata hasil tangkapan itu, polis menemui dua motosikal masing-masing jenis Yamaha RXZ dan Honda Wave, empat rangka motosikal, empat penutup enjin dan pelbagai komponen motosikal di sekitar Kupang dan Baling.

"Kami percaya mereka ini bergerak dalam kumpulan dan banyak lagi kes kecurian yang boleh dikaitkan dengan suspek yang berasal dari sekitar kawasan Baling.

"Kami juga sedang kesan dua lagi suspek iaitu rakan mereka untuk ditahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu di sini hari ini. 

Sumber : BERNAMA

ArticlePublished 18 Jun 2014 2.12 AMUpdated 15 Aug 2026 7.41 PM