Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penjawat Awam Menyamar Polis Ditahan

Diterbitkan: 18 Jun 2014 2.13 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.41 PM
Shah Alam, 9 Oktober - Ketua Polis Selangor Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan, mengulas berkaitan kes seorang penjawat awam yang menyamar sebagai pegawai polis. Kejadian ini berlaku di s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penjawat-awam-menyamar-polis-ditahan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:55 MYT

Shah Alam, 9 Oktober - Ketua Polis Selangor Senior DCP Dato' Pahlawan Mohd Shukri b. Dahlan, mengulas berkaitan kes seorang penjawat awam yang menyamar sebagai pegawai polis. Kejadian ini berlaku di sebuah hotel yang terletak di Dengkil, Selangor di mana suspek telah mengugut untuk menangkap dua lelaki warganegara Bangladesh yang merupakan pekerja hotel tersebut.

Sepasukan polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor yang sedang menjalankan 'Ops Cantas Khas' di sekitar kawasan tersebut telah menahan seorang lelaki lingkungan umur 36 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati lelaki tersebut memakai seutas rantai dengan loket tertera 'ASP IZANI' serta beberapa peralatan seperti walkie-talkie, kad nama, beret logo polis, pisau dan sepucuk pistol tiruan. Pihak polis juga masih menjalankan siasatan samada suspek ada terlibat dengan lain-lain kes jenayah. Semua peralatan yang ditemui dirampas. Suspek direman selama tujuh hari bermula 05.10.2013. Kes disiasat di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Selain itu beliau memberitahu bahawa 'Ops Cantas Khas' yang dijalankan bermula 17 Ogos lalu telah menghasilkan banyak kejayaan khususnya di Selangor. Sebanyak 2,259 orang telah ditangkap di atas pelbagai kesalahan jenayah serta pelbagai jenis senjata, dadah, wang tunai dan peralatan pecah rumah telah berjaya dirampas. Beliau juga memberitahu bahawa Polis Diraja Malaysia akan sentiasa memberikan komitmen sepenuhnya dalam mencegah dan membanteras jenayah dalam memastikan masyarakat khususnya di negeri Selangor menjalani kehidupan yang selamat dan sejahtera.

Penjawat Awam Menyamar Polis Ditahan
Penjawat Awam Menyamar Polis Ditahan
Penjawat Awam Menyamar Polis Ditahan

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 18 Jun 2014 2.13 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.41 PM