Artikel
Tiga Lelaki Warga Asing Terlibat Dalam Sindiket Love Scam Ditahan
Kuala Lumpur, 14 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki warga Nigeria dan seorang warga Cameroon di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, semalam dipercayai...
Kuala Lumpur, 14 Mei 2016 - Polis menahan dua lelaki warga Nigeria dan seorang warga Cameroon di sebuah kondominium di Bukit Jalil, di sini, semalam dipercayai terlibat dalam sindiket 'Love Scam'.
Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, SAC Roslan Abd Wahid berkata suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 29 tahun itu ditahan oleh JSJK yang melakukan serbuan pada pukul 5 pagi.
Beliau berkata, kesemua suspek berkenaan dipercayai aktif melakukan kegiatan berkenaan sejak setahun lalu.
"Polis masih memburu saki baki ahli sindiket berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Kesemua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - BERNAMA