Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

187 Warga Asing Diperiksa Dalam Op Rantau Di George Town

Diterbitkan: 15 May 2016 11.17 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.27 PM
George Town, 15 Mei - Seramai 187 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dalam Op Rantau di beberapa kawasan sekitar daerah Timur Laut, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/187-warga-asing-diperiksa-dalam-op-rantau-di-george-town
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:07 MYT
George Town, 15 Mei - Seramai 187 warga asing dari pelbagai negara diperiksa dalam Op Rantau di beberapa kawasan sekitar daerah Timur Laut, di sini, semalam.
   
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata dalam operasi itu, yang bermula 9.30 pagi, pihaknya menjalankan pemeriksaan di empat kawasan tumpuan warga asing termasuk dua tapak pembinaan iaitu di Jalan Gurdwara, Jalan Lebuh, Persiaran Lebuh Halia dan Mount Erskini.

"Dalam operasi itu, seramai 187 warga asing diperiksa dan hasilnya, kami menahan 17 daripada mereka kerana tiada dokumen perjalanan, tinggal lebih masa dan langgar pas lawatan sosial," katanya di sini, hari ini.
 
Semasa operasi itu, beberapa warga asing cuba melarikan diri dan bersembunyi sebaik menyedari kehadiran polis tetapi tindakan mereka gagal kerana pihak berkuasa sudah mengepung kawasan berkenaan.
   
Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 40 tahun dan terdiri daripada 14 lelaki Bangladesh, dua lelaki India dan seorang lelaki Nepal.
  
Mior Faridalatrash berkata mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk didokumentasi sebelum dihantar ke Depot Tahanan Juru bagi siasatan lanjut.
 
Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963, peraturan 39(b) Akta Imigresen 1959/63 dan peraturan 15(4) akta yang sama.
 
"Op Rantau kira-kira enam jam itu turut dibantu anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang... pihak kami akan meneruskan operasi itu dari semasa ke semasa dalam usaha membendung kehadiran warga asing tanpa izin di negeri ini,"
katanya.- BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 15 May 2016 11.17 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.27 PM